Ceritera Hujung Minggu

Sudah agak lama blog ini terbiar tanpa sebarang kemaskini. Pengunjung juga pastinya sudah berkurangan melayari blog ini. Maklumlah, kesuntukan masa kerna kesibukan dengan kerja-kerja di pejabat. Mujurlah Jumaat lalu merupakan cuti umum untuk negeri Selangor bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Maka dapat lah aku menikmati cuti hujung minggu yang agak panjang sedikit dengan sedikit aktiviti yang telah dirancang.

Buah Cempedak

Perkara pertama, pulang ke kampung setelah tamat waktu bekerja pada hari Khamis. Cuma sekadar meluangkan sedikit masa bersama keluarga. Maklumlah, sekarang ini sudah agak sukar untuk semua ahli keluarga berkumpul bersama. Dengan diri ku yang sudah berkerjaya, angah pula menuntut di USM dan adik perempuan bongsu ku pula menetap di asrama. Maka tinggallah ayahanda dan bonda berdua sahaja di rumah. Cuma pada waktu-waktu tertentu seperti inilah kami adik-beradik dapat berkumpul bersama. Kebetula pada kali ini, pohon cempedak di kebun milik arwah datuk sedang berbuah. Maka dapatlah aku memetik sedikit buah cempedak untuk dinikmati bersama keluarga dan dibawa sedikit ke KL untuk keluarga pakcik ku.

Futsal lewat malam bersama GenX SMAPK

Perkara kedua yang dilakukan pada hujung minggu ini, bermain futsal bersama rakan sekolahku di SMAPK dahulu. Bertempat di HTO Subang, maka bermainlah kami seramai 15 orang membentuk 3 buah pasukan. Agak keletihan kerana sudah jarang meluangkan masa untuk beriadah sejak sudah bekerja ini. Walaupun kepenatan, tetapi tetap seronok meluangkan masa bersama rakan-rakan sekolah dahulu. Lebih menarik, kad jemputan kahwin Ehsan bertarikh 28 Februari 2010 turut dihulurkan. Maka terisilah satu tarikh kalendar masihi 2010 yang menandakan seorang lagi rakan sekolahku bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bersama pengantin, Fazli dan Hafizah

Perkara ketiga, menghadiri majlis perkahwinan Fazli Aidee, senior semasa di UMP dahulu dan juga rakan sepejabat berlainan jabatan sewaktu aku berlatihan industri di Bursa Malaysia dahulu. Fazli yang menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati, Norhafizah kelihatan segak bergaya bersama isterinya yang memilih warna tema putih dan silver untuk perkahwinan mereka. Aku cuma berkesempatan menemui Abang Anizan semasa majlis ini. Staf-staf SRD yang lain tidak kelihatan sewaktu aku tiba. Encik Arshad pula sudah tiba lebih awal kerana ada beberapa jemputan kahwin yang perlu untuk beliau hadiri.

Maka terisilah hujung minggu ku dengan tiga perkara ini yang sudah ku rancang lebih awal pembahagian masanya agar tidak bercelaru dan kepenatan menghadapi hari kerja pada hari esok. Sekian sahaja coretan kali ini. Insyaallah, ada kesempatan akan ku coretkan lagi serba sedikit di laman Pena Biru ini.

4 Comments:

  1. angkasa said...
    perghhh!!
    cuci sawang entry best sbb byk haha :D:D
    abg bila laks nk kawen?
    hikss
    Pjoyz Zul said...
    Haha.. abg lambat lg kawen dik... hehe
    miss said...
    haha.. lama tak dengar citer Hafizul.
    Erkk.. Macam sedap je buah cempedak tuh.. (sambil kesat2 air liur)
    Pjoyz Zul said...
    Hehehe... sibuk skit skang miss... sdap cempedak tuh... manis... hehe

Post a Comment



Newer Post Older Post Home