Saturday, November 7, 2009

GeLaGaT KonVo

Bersalaman Dengan Pengerusi LPU Sebelum Menerima Ijazah

Alhamdulillah, sebulan sudah berlalu sejak aku menerima segulung ijazah semasa Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-4 UMP pada 4 Oktober 2009 yang lalu. Namun, disebabkan kesibukan yang menemani, sukar untuk aku mencoretkan serba sedikit tentang konvokesyen ku yang telah berlangsung. Sekadar makluman, kini aku agak sibuk dengan tugasanku sebagai "Software Developer" di Heitech Padu Berhad memandangkan projek baru sahaja bermula pada awal Oktober lalu. Maka hampir setiap hari aku pulang ke rumah pada lewat malam sejak kebelakangan ini.

Berbalik kepada kisah konvokesyen ku, sukar untuk diungkapkan perasaan ini dengan kata-kata ataupun dalam bentuk penulisan. Namun yang pastinya, aku dan rakan-rakan cukup gembira apabila segala penat lelah selama 4 tahun menuntut di menara gading, terbayar dengan segulung ijazah yang akhirnya berada di dalam genggaman. Bagi berkongsi kegembiraan ini, aku paparkankan buat kalian dengan sebahagian gambar-gambar yang diambil sewaktu konvokesyen yang lalu.

Ratusan Graduan Beratur Menanti Masa Memasuki Dewan

Saringan H1N1

Bergambar Seketika

Beratur Masuk Ke Dewan

Bersama Sebahagian Rakan Sekelas Sebelum Konvo

Menanti Masa Menerima Ijazah

Bergambar Bersama Keluarga Tercinta

Ciuman Seorang Ibu

Bersama Rakan Sekolah Rendah Ku Yang Menyambung Pengajian di UMP

Bersama Adik-Adik Debat UMP

Bersama 2 Orang Adik Angkatku Di UMP

Bersama Ex-Roomate Ku Sewaktu Tahun 2 Pengajian Ku

Sebahagian Warga BCS 05/08

Makan Malam Di Tanjung Lumpur Bersama Keluarga

Bersama Bunga-Bunga Yang Diterima

Segulung Ijazah

Kad Alumni Ku

7 comments:

wah hafizul.. banyaknye bunga! Kalah masa miss konvo haha

November 9, 2009 8:14 AM  

Hahha... ni pun kurang satu bunga yg sepatutnya miss bagi... hehehe

November 9, 2009 9:44 AM  

Salam alaik..sirru'ala barakatillah... Nama: Nur syeera syaznie/khalisyah,Umur:11 thn,masih lagi belajar.Tahniah ya akhi sudah selesai mengenggam segulung ijazah. Terharu melihat ibu akhi kucup pipi akhi setelah melesaikan tanggungjawab sbg seorang anak. Ana teringin menyemaikan cita-cita ana di perlembahan nil, ana teringin ibu ana mengkucup pipi ana seperti akhi... Teringin sesgt..Akhi doakan ya utk ana...Syukran..

November 10, 2009 5:45 PM  

Insyaallah... Semoga berjaya ya ukhti... selaraskan niat dengan usaha dan bertawakal kepada-Nya... insyaallah, segalanya akan berjalan lancar...

November 10, 2009 7:29 PM  

tahniah abg pjoy

November 11, 2009 12:58 AM  

haha.. aiseh.. xpe2 kira belated lah tu haha. xpun miss bagi doa jela.. semuga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin.

November 14, 2009 6:09 PM  

congrates fren!!dtg tau UM nnti..royals..

November 19, 2009 11:59 PM  

Newer Post Older Post Home