

Majlis Istiadat Konvokesyen UMP Kali Ke-4 bakal berlangsung 7 hari lagi. Semangat konvo sudah mula menyelubungi diri menggantikan semangat raya yang terbantut dek kerana perlu untuk kembali ke pejabat lebih awal. Maklumlah, kerana konvo baki cuti ku yang telah aktif hanya tinggal satu hari sahaja. Maka, hanya sehari sahajalah dapat untuk aku bercuti pada hari raya kali ini tidak termasuk cuti umum kerajaan. Namun, syukur kerana setidak-tidaknya ada juga masa sehari untuk aku bercuti berbanding ada beberapa staf yang langsung tidak dapat bercuti.
Memandangkan sekarang ini ramai yang telah dirasuki semangat Konvo, maka aku kongsikan sedikit maklumat untuk para bakal graduan tentang pakej-pakej foto yang ditawarkan semasa konvo nanti. Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar. Pakej ini aku dapati secara terus daripada syarikat yang akan mengendalikan sesi fotografi semasa Konvokesyen nanti. Berbelanjalah dengan bijak. Buat pilihan yang terbaik.
Labels: Peribadi
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

gmbo konvo la plak!
x de duet dh neee.....
tp smgt konvo dh membara ne... walaupun.....
aku duk sit blkang... pdulik hape..
neh la konvo terakhir aku kot. lom tntu lg aku smbung master..
huhuhuhuhu