Gembira hati ini apabila melihat ramai rakan-rakan seperjuangan ku dahulu yang baru sahaja bergraduat. Terasa kegembiraannya walaupun bukan lah aku yang memegang gulungan ijazah mahupun menyarung jubah kebanggaan tersebut. Rakan-rakan dari serata universiti di Malaysia mahupun di luar negara yang mengikuti pelbagai bidang sama ada kejuruteraan, pendidikan, pengurusan dan berbagai-bagai bidang lagi begitu bergaya dan gah bergambar bersama-sama dengan gulungan ijazah masing-masing. Pastinya kegembiraan terserlah apabila segala penat lelah dan pengorbanan sepanjang menuntut ilmu di menara gading telah pun membuahkan hasil. Tahniah ku ucapkan kepada rakan-rakan yang telah pun secara rasminya bergelar graduan. Kepada yang telah pun berkerjaya, selamat menempuhi alam pekerjaan dan kepada yang masih mencari, semoga dipermudahkan. Tidak sabar rasanya untuk menanti ketibaan 4 Oktober 2009, hari di mana aku dan rakan-rakan seperjuangan di UMP bakal bergraduat secara rasminya.
Labels: Peribadi
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


insyallah...